fbpx

Edry KRU: Keputusan Che Ta Tepat, Ada Yang Lebih Layak

Keputusan Che Ta menarik diri daripada Akademi Fantasia (AF) adalah muktamad dan menurut pengetua akademi tersebut, Edry Abdul Halim, tindakan Che Ta meninggalkan akademi adalah wajar dan perlu dihormati.

BACA: Kena Herdik Edry KRU, Che Ta Nekad Tinggalkan AF 2015

“Saya tak maki atau herdik dia sebaliknya hanya menegur. Kenyataan itu nampaknya terlalu berlebihan. Seharusnya sebagai orang industri mahupun yang menerima mandat sebagai juri, dia (Rozita) seharusnya terbuka dengan kritikan dan teguran”

“Saya hanya menegur komennya kepada pelajar saya di AF 2015. Harus diingat tugasan sebagai juri bukan kerja mudah. Ia sangat berat. Selepas minggu keenam AF2015 bersiaran, saya lihat dan rasa komen dia kepada pelajar tak beri kesan kepada pelajar,” jelas Edry kepada BH Online

Selain itu, Edry menambah, juri tidak mempunyai kekebalan malah juri sendiri juga terbuka dengan kritikan bagi sesiapa yang tidak berpuas hati selain menyatakan tugas juri sangat besar dalam membentuk masa depan pelajar.

“Saya suarakan apa yang betul kepadanya. Kalau nak komen kepada pelajar AF 2015, biarlah berasas. Saya nak yang terbaik untuk mereka. Selepas ini saya boleh makan semeja dengannya kalau ada majlis tertentu kerana apa yang berlaku bukan soal peribadi”

“Pihak Astro selepas ini patut mengundang juri yang lebih layak dan berpengalaman seperti Adlin Aman Ramlie atau Fauziah Ahmad Daud,” kata Edry. (rtky/s)