fbpx

Editor Review: Bini Biniku Gangster

Editor Review bermaksud review dari kacamata seorang yang menulis blog hiburan tetapi agak buta seni filem — atau lebih tepat, review dari rakyat umum.

Kita semua akan mempunyai seorang penulis baru di Rotikaya.com dan beliau mempunyai pengalaman lebih tiga tahun dalam liputan dunia hiburan. Beliau akan memberikan review penuh untuk filem Bini Biniku Gangster.

Filem Bini Biniku Gangster ini di’arahkan oleh Ismail Bob Hashim, pengarah yang sama membawakan Ngangkung tidak lama dahulu. Dan, akan muncul dengan filem Alamak Toyol! selepas ini.

Secara ringkas, filem ini boleh di’tonton untuk mengisi masa lapang anda hujung minggu ini namun jangan harapkan sesuatu yang luar biasa dari Bini Biniku Gangster.

Sesuai dengan genre yang di’bawa, komedi dalam filem ini memang kena pada tempat & masa namun Yana Samsudin yang bertindak sebagai penulis skrip boleh memperbaiki idea beliau untuk memantapkan jalan cerita.

Seperti saya katakan tadi, review penuh akan menyusul tidak lama lagi — yang pasti sebelum filem ini keluar di’pawagam nanti. Untuk saya, 3/5.