fbpx

Eddie Murphy Sah Sebagai Pengacara Anugerah Oscar Kali Ke-84

Macam majlis pernikahan, Eddie Murphy sah di’lamar pihak penganjur Anugerah Academy (Oscar).

Eddie Murphy yang berusia 50 tahun ini akan bekerjasama dengan Brett Ratner dan Don Mischer untuk gig Oscar pertama beliau.

“Saya berasa sangat bertuah untuk tersenarai sebagai salah seorang pengacara Anugerah Academy sebaris dengan pengacara dahulu yang lebih hebat.”

“Saya berharap mampu untuk bekerjasama dan berikan yang terbaik untuk penonton di’rumah dan juga mereka yang berada di Kodak Theatre nanti,” kata Eddie Murphy mengulas pelantikan beliau.

Anugerah Academy (Oscar) kali ke 84 bakal berlangsung secara langsung dari Kodak Theatre Ahad, 26 Februari 2012 dan senarai penyampai anugerah setakat ini termasuk Ashton Kutcher, Sofia Vergara, Julianna Margulies, dan Zooey Deschanel.

Bosan? Mari layan video pilihan kami di Rotikaya HQ. Kami suka video, pasti anda juga. Go Awesome.my & enjoice!