Eda Ezrin Trauma, Tak Mahu Jejak Kaki Ke Thailand Lagi

Penyanyi dikir barat, Eda Ezrin berkata dia sudah serik dan trauma untuk melancong atau membuat persembahan di Thailand susulan apa yang berlaku ternyata memberi impak besar buat dirinya.

Memetik Harian Metro, Eda berkata jika sebelum ini dia banyak ke negara jiran itu atas urusan kerja namun dia akan menolak sekiranya menerima tawaran persembahan di sana.

BACA: Eda Ezrin Syukur Tak Diboikot, Banyak Terima Jemputan Buat Persembahan

“Saya sangat trauma untuk menjejakkan kaki ke Thailand dengan apa yang berlaku. Justeru, saya tidak akan pergi melancong atau menerima tawaran membuat persembahan di negara jiran itu dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Selepas lebih sembilan bulan berada di sebalik tirai besi (penjara), ia meninggalkan trauma yang sangat besar buat diri saya.

“Sebelum ini pun, setiap kali berkunjung ke Thailand terutama Wilayah Narathiwat, saya hanya pergi untuk membuat persembahan sahaja. Saya bukan melancong semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Eda berkata sepanjang sembilan bulan di penjara antara pengajaran diperoleh adalah untuk lebih berhati-hati untuk mempercayai kawan.

“Nak cari kawan memang ramai, namun nak mencari sahabat sejati adalah perkara paling susah. Bila kita berada di penjara, baru kita sedar siapa kawan atau siapa sahabat. Bila kita berada di fasa terendah, tiada kawan yang datang melawat.

“Bermula dari situ, saya belajar biar kawan sedikit, janji berkualiti. Malah, apa yang berlaku sehingga berada di penjara pun disebabkan kawan atas kawan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×