Eda Ezrin Nak Hasilkan Lagu Baru, Inspirasi Kisah Hidup Sendiri

Penyanyi dikir barat, Eda Edrin memberitahu dia sedang dalam proses menghasilkan lagu berinspirasikan pengalaman hidupnya selepas dibebaskan daripada penjara di Narathiwat, Thailand.

Memetik Sinar Harian, Eda berkata lirik lagu yang dihasilkan itu dekat dihatinya. Katanya, meskipun ada komposer menawarkan lagu baru, dia masih belum membuat keputusan untuk terima atau menolak.

BACA:  Polis Kelantan Buru Dua Rakan Aniaya Eda Ezrin

“Saya sedang dalam proses menulis lirik sendiri. Berkisahkan sesuatu yang sangat dekat di hati saya dan diilhamkan daripada perjalanan hidup saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata dia lebih selesa memberi tumpuan kepada suami dan anak-anak buat masa ini selepas 9 bulan ditahan.

“Saya belum membuat sebarang keputusan bila-bila untuk kembali, buat masa ini, saya mahu meluangkan lebih masa bersama suami, anak-anak dan keluarga.

“Saya benar-benar berharap peminat masih dapat menerima jika saya kembali ke industri ini suatu hari nanti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

×