Pendakwah terkenal, Ebit Lew akan dibicarakan ke Mahkamah Majistret Tenom berkaitan kes gangguan seksual bermula esok hingga 30 Sepember.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Harian Metro, Ebit berdepan 11 pertuduhan antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
BACA: 11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Dibicara September Depan
Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pada Februari lalu, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.