11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Dibicara September Depan
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas 11 tuduhan gangguan seksual, pada 27 September hingga 30 depan.
Memetik laporan SelangorKini, perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan menerusi portal The Merdeka Times.
BACA: Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Libat Ebit Lew Sedang Disiapkan
Pada 18 Februari lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah.
Bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Terdahulu, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.
- SUMBER
- SelangorKini
Wow 11 tuduhan tu, Najib pun cuma 6 tuduhan je. Lwn tokey ni..
Mak oiiii, kuat nafsu lebai ni. Malu kan agama
Kalau boleh lps gk mmg handal laa 11 tuduhan tu xkan satu- dua pun x bole sangkut?
Kalau didapati bersalah, boleh mintak pengamunan sama macam penyamun tarbus
lebai jijik
komen sini mmg giler ke…
byk2 bertaubat la…
Risau yg berckp ni jdi fitnah… Dunia akhir zaman… Biarlah Allah yg menilai… Manatau kisah ni sbgai fitnah, xpsl2 ebit liew dpt free pahala… Kte sendri belum tentu baik, xperlu lg nk burukkn org lain utk tmbah dosa.. husnuzon je