fbpx

Dynas Mokhtar, Pilihan Hati Selamat Diijabkabul

Tahniah buat Dynas Mokhtar kerana telah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din yang berusia 36 tahun pada pagi tadi di kediaman pengantin perempuan di Shah Alam. Dynas dinikahkan bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd.

BACA: Dynas Mokhtar Sedia Diri Rumahtangga Kali Kedua

“Kata-kata dan amanat diberikan ibu membuatkan saya tewas dan menangis walaupun pada awalnya cuba memujuk hati agar tenang dan tidak menangis,” katanya kepada Harian Metro. Dynas tidak dapat menahan perasaan hiba sebaik saja ibunya berbisik sesuatu kepadanya selepas sebaik selepas sah lafaz nikah.

Pada majlis itu juga, Dynas menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM1001, wang hantaran RM30,000 beserta set barangan kemas serba satu dari pengantin lelaki berbalas sembilan dulang termasuk rawatan lasik berjumlah RM13,000 yang dilakukan, Selasa lalu.

Majlis resepsi Dynas dan pasanagan dilakukan di lokasi yang sama manakala majlis bertandang diadakan pada 28 April di Damansara dan satu lagi resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei.

Ia perkahwinan kedua Dynas selepas bercerai empat tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa Mohamed Haqaish. (rtky/s)