fbpx

Dynas Mokhtar Akui Sedang Kenali Teman Baru

Kami pasti ramai yang perasan apabila Dynas Mokhtar pernah memuatnaik beberapa gambar dia bersama seorang lelaki yang dianggapnya sebagai rakan rapat dan baru-baru ini, pengacara dan pelakon ini bagaikan memberi pembayang bahawa akan ada sesuaut di antara mereka.

BACA: Dynas Mokhtar Sah Bercerai

Dynas Mokhtar Akui Sudah Ada Teman Baru - ROTIKAYA

“Dia kawan lama saya dan kenal sejak zaman sekolah. Memang dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya hanya pernah berjumpa dengan ibunya saja dan ahli keluarga lain belum. Masih awal untuk saya kongsikan tentang itu (kahwin). Insya-Allah,” katanya sambil tersenyum kepada Malaysian Digest.

Walaupun ketika ini Dynas masih belum mahu mendedahkan nama lelaki tersebut, tapi kami yakin persoalan peminat yang bertanyakan gerangan lelaki bertuah berkenaan pasti terjawab tidak lama lagi. Apa-apa pun, jika sudah jodoh, kami doakan yang terbaik dan semoga semuanya berjalan lancar. (rtky/s)