fbpx

Jarang jarang untuk kami tampil dengan berita filem Indonesia dek kerana kurang minat, tetapi filem yang satu ini agak menarik.

Jika Malaysia kita selalu di’sogok dengan komuniti bernama Twitter Jaya, Indonesia sudah pun punyai sebuah filem berlegar sekitar isu Twitter — Republik Twitter.

Filem yang bakal di’tayangkan di pawagam pada 16 Februari 2012 ini menampilkan konsep romantik komedi yang pastinya menjadikan anak anak remaja sebagai pasaran sasaran mereka.

Di’bawah arahan Kuntz Agus, filem ini membariskan Abimana Arya & Laura Basuki sebagai teraju utama di’mana mengisahkan sang lelaki yang sanggup berhijrah ke kota besar Jakarta untuk bertemu si gadis yang di’kenali menerusi laman Twitter.

Bagaimana? Kami sebenarnya berminat untuk tonton filem ini jika ada peluang filem ini sampai ke Malaysia dalam bentuk apa sekali pun. Lagi pun, Laura Basuki itu seperti comel gayanya. Heh.