fbpx

Mungkin dulu nama dia pernah orang sebut-sebutkan. Tahun 2020 menjadi pengalaman hitam buat usahawan rokok elektronik ini, Mohd Hafizzi Hamdan Thiagarajan atau lebih dikenali Hafiz Mohd selepas dikatakan terlibat dengan kes guna artis cuci duit apabila dikaitkan dengan MACAU Scam.

Cerita tak habis macam tu jer tau, apa yang paling seram apabila dirinya turut ditahan pihak SPRM. Anda boleh tengok di LINK INI.

Yelah bila orang berbisnes ni, ramai berita tak elok yang orang gembar-gemburkan. Mujur sekarang ini namanya dah bebas dari tuduhan. Walaupun dugaan dan pengalaman hitam itu terjadi ke atas dirinya, ianya tak pernah mematahkan semangat usahawan House of Vape ini.

Dari sesi interview yang kami lakukan baru-baru ini, memang betul bersemangat kental insan bernama Hafiz Mohd ini. Sentiasa positif walaupun pelbagai dugaan yang dilalui. Suka betul gayanya. Dari pertuturannya dan lenggok bahasa yang lembut dan tersusun kata-kata, dah tahu sangat orangnya bagaimana ye dak.

Betul Terinspirasi

Malah kisah hidup dia memang betul boleh buat inspirasi tau. Nak pula bagi anak muda yang nak berbisnes. Kalau anda nak tahu, 10 tahun lepas, dia mulakan bisnes hanya dari uptown jer. Tapi sekarang ni jenama rokok elektroniknya ini dah sampai ke luar negara pun. Bukan satu dua negara jer tau. Berpuluh negara! Antaranya adalah Eropah. Pergh hebat anak muda.

Kami pasti anda pun mesti dah terbiasa dengar dengan jenama dan juga flavour rokok elektronik House of Vape ni kan?

Terima Anugerah Berprestij

Hafiz bersama ibunya

Dan baru-baru ini, pada bulan 17 November lalu, juga dia ada menerima anugerah berprestij tinggi iaitu Top Young CEO 2021 iaitu tersenarai dalam 100 CEO of The Year! Eh betul ke ni? Iye betul, buat apa lah nak tipu kan? Anda boleh tengok sendiri gambar-gambar yang kami lampirkan dalam artikel ini.

Hafiz pun tak sangka yang dia dapat anugerah tersebut sedangkan ramai lagi usahawan dan juga ahli perniagaan lain yang ada. Betul orang cakap rezeki ni kita sendiri pun dari mana datangnya. Selepas peristiwa hitam yang dilaluinya sebelum ini, akhirnya ini balasan daripada apa yang berlaku kan. Ada hikmahnya tu. Kami pun tumpang happy bila tengok. Muda-muda dah berjaya.

Hafiz bersama tunang

Bukan satu jer anugerah yang dia dapat. Jelas Hafiz, dia juga bakal menerima anugerah Malaysian Vape Industries dalam Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA) untuk hujung tahun ini. Wah! Hebat…

Walaupun Hafiz ini antara usahawan yang tidak ‘menonjol’ di media sosial seperti usahawan-usahawan lain tapi dalam ‘diam’nya itu betul-betul berisi yer.

Jelas Hafiz, disebabkan bisnes yang dia lakukan berkaitan dengan rokok elektronik, tak banyak benda yang dia boleh kongsikan pada umum. Private and confidential tau. Tapi tak mengapa, walaupun tak banyak yang dia boleh kongsikan pada kita semua, kita tahu yang bisnesnya memang betul padu!

Niat Murni

Dan apa yang menarik perhatian kami adalah apabila niat murni Hafiz untuk hentikan orang dari merokok. Kalau anda nak tahu, di sinilah titik permulaan Hafiz untuk mula serius dan berbisnes rokok elektronik sehinggakan kini bisnesnya dah pun 10 tahun berada dalam industri! Memang power betul lah.

Tambah Hafiz, liquid flavour yang dulunya banyak diambil dan diimport dari luar negara, kini dia dan teamnya lebih selesa untuk buat sendiri jer. Barulah buatan Malaysia. Macam yang kami cakapkan di atas tadi lah, flavour untuk rokok elektroniknya dah pun sampai ke luar negara. Bukan kaleng-kaleng tau.

Bagi yang baru nak kenal atau berjinak-jinak dalam dunia rokok elektronik ini, anda boleh terus ke Website House of Vape di LINK INI. Atau pun anda boleh jer usha-usha di Facebook dan juga Instagram Hafiz Mohd.