“Dulu Tengok Tabligh Saya Lari, Takut Diajak Ke Masjid”
Kini sudah berhijrah kearah lebih baik dan mula menyertai jemaah tabligh sejak tahun lalu, Faizal Ismail berkata itu merupakan langkah awal dia menjaga hubungannya dengan Allah.
Faizal mengakui sepanjang 15 tahun dalam bidang penyiaran radio, dia terlalu sibuk dengan urusan dunia dan kerjaya. Malah, Faizal mengakui dahulu jika nampak tabligh dia akan lari.
BACA: Faizal Ismail Tidak Mampu Lagi Simpan Rahsia Dari Peminat
“Menyertai jemaah tabligh adalah titik mula saya membuat penghijrahan atau perubahan dalam diri. Kalau dulu kita lari tengok tabligh sebab takut diajak ke masjid. Tak sangka ketika di United Kingdom (UK), rumah saya diketuk dua jemaah tabligh dari Malaysia. Dari situ saya berfikir, sejauh ini mereka nak mengajak ke arah kebaikan.
“Dalam agama kita, lelaki dituntut untuk solat berjemaah di masjid. Selama ini mungkin saya tidak ambil berat soal ini. Jadi, hubungan saya dengan Allah jauh. Pulang saja ke Malaysia, ini perkara saya fikir. Dalam masa sama ketika itu saya sudah berbulan-bulan mengalami masalah kesukaran tidur. Sampai satu tahap nak menjadi satu tekanan dan berasa kecewa.
“Saya rujuk pada kenalan ustaz dan mereka sarankan saya untuk cuba perbaiki dulu hubungan dengan Allah. Alhamdulillah, saya pandang apa yang berlaku dalam diri saya ini adalah ketentuan Allah SWT,” katanya.
Mula menyertai jemaah tabligh sejak November tahun lalu, Faizal berkata dia sememangnya enggan berkongsikan mengenai perkara itu kepada umum.
Saya pulang ke tanah air pada Julai tahun lalu. Pertama kali menyertai jemaah tabligh pada November tahun lalu. Saya terbabit dalam diam saja dan memang tidak mahu hebohkan. Alhamdulillah, sehingga sekarang sudah banyak kali terbabit.
“Saya menyertai tabligh di sekitar tempat tinggal saya di kampung halaman di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sekarang saya menetap di Pulau Pinang kerana menjaga emak selepas kematian bapa. Memandangkan saya anak sulung lelaki, ia menjadi tanggungjawab saya. Kalau ke Kuala Lumpur pun atas urusan kerja,” katanya.
Faizal yang juga bekas penyampai radio Hot FM menyambung pengajian dalam bidang industri kreatif di peringkat Sarjana di Universiti Cardiff, UK pada Ogos 2019.
- SUMBER
- Harian Metro
Betul ar Aku pun menyampah gan tabligh suka minta2 duet da la sesat nak belajar agama Dari Kitab jgn ikut tabligh
kepala hotak kau
“kepala hotak kau” di tujukan kepada Benci Thought ye
Benci Thought..ko pun kalau tak suka jgn tuduh dorg sesat..Astaghfirullah, ko pn belum tentu berada di jalan yang benar.
Kalau dorg ketuk pintu dgr jela tazkirah dorg tu..pastu kurg2 dia ajak ko pegi surau/masjid sbb takut ko lupe jalan ke sana dah.
xde pulak dorg mintak duit..sbb mostly dorg ni berkerjaya dan berduit. suka2 je buat tabligh.
Baik ko betulkan mental ko dulu ni. takut ko pulak yg masuk statistik bunuh diri..nauzubillah
Benci Thought, apa yg diceritakan Faizal itu adalah satu pencerahan yg sangat baik. Aku pun selalu didatangi jemaah tabligh ajak solat dimasjid. Walaupun aku malas ke masjid tp aku sanjung usaha mereka mengajak masyarakat kpd kebaikan. Dan untuk pengetahuan kamu mrk tak pernah mintak duit jauh sekali membawa ajaran sesat. Orang akan takut dan benci kpd perkara yg mrk tidak tahu. Untuk kamu benar2 tahu apa yg mrk buat, cuba kamu ikut mrk sebulan. Pastu bgtahu kami.
Benci thought .. Hidayah itu milik Allah. Semoga awak merasainya. Aamiin
Benci thought…..banyak2 ko mengucap ( kalau islam lah)….tabligh tak pernah memaksa….cuma mengingatkan….dunia ini sementara….kalau ko lupa lah…
Org Bodo mcm korang je ikut org haha tabligh ingatkan solat buto ko Ler bukan betul pun tabligh melayu bodo ni korang pergi la ikut tak payah nak ckp banyak sendiri tak mau join banyak bunyi pulak mesti korang atas pun tabligh Bodo kuat mkn duet haram keja malas