fbpx

Faizal Ismail Tidak Mampu Lagi Simpan Rahsia Dari Peminat

Kalau anda seperti kami yang memang aktif sepanjang hari kerana tuntutan kerja mahu pun hal peribadi, mesti tidak sampai ke malam kita semua akan kehabisan tenaga. Kadang kadang waktu malam memang jadi waktu berehat sahaja.

Jadi mengambil minuman tambahan seperti kopi pra-campuran memang menjadi amalan ramai untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Namun, kopi pra-campuran manakah yang paling baik untuk anda? Ha, ikuti kisah Faizal Ismail.

Faizal Ismail yang telah menemui rahsia untuk bagaimana kekal cergas dan bertenaga walaupun ada tuntutan kerja sehingga ke malam hari. Maklumlah sebagai selebriti masa kerja selalunya tidak menentu.

Apatah lagi buat Faizal Ismail yang sudah mendirikan rumahtangga dan perlu juga memberikan masa serta tenaga buat isteri dan anak anak tercinta. Apa pun, kita semua setuju yang keluarga itu komponen penting dalam hidup.

ali2

Bercakap kepada media baru baru ini, Faizal Ismail mendedahkan yang beliau sebenarnya sudah lama mengamalkan minum kopi pra campuran Alicafe untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan berbangga apabila terpilih untuk menjadi jurucakap produk tersebut.

“Ya, memang saya penggemar kopi. Malah, saya telah cuba pelbagai jenis kopi kerana saya beranggapan kesemua kopi adalah sama. Namun, jauh panggang dari bara. Bila saya mula mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini, saya dapati khasiatnya memang luar biasa”

“Maksud saya, walaupun ia hanyalah secawan kopi, tetapi setelah saya minum kopi ini, saya dapat rasakan perbezaannya. Saya lebih bertenaga dan lebih fokus. Bukan sahaja di siang hari, malah sehingga ke malam,” jelasnya panjang lebar.

Screen Shot 2016-03-14 at 1.11.30 PM

Alang alang sudah bertemu dengan Faizal Ismail, kami korek lagi apa rahsia di sebalik kelainan minuman Alicafe ini berbanding produk lain di luar sana. Semangat juga bekas penyampai radio ini memberikan jawapan kepada soalan kami.

Menurut Faizal Ismail, Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng merupakan kopi pracampur 5-dalam-1 mengandungi dua bahan tambahan yang menakjubkan. Selain daripada menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi, ia juga mengandungi Tongkat Ali dan juga Ginseng.

Kedua-dua bahan ini merupakan pemangkin kepada khasiat yang luar biasa. Tongkat Ali dapat membantu meningkatkan tenaga secara keseluruhan dan dapat membantu mengekalkan fokus minda. Ginseng pula merupakan bahan antioksidan yang mampu meningkatkan fungsi kognitif dan menguatkan tubuh menentang serangan penyakit dalam jangka masa panjang.

ali9

Tidak hairanlah Faizal Ismail mampu bertahan sepanjang hari untuk bekerja dan luangkan masa bersama keluarga, ada bahan api hebat yang menjana tenaga dirinya setiap hari. Alicafe memang secawan khasiat setiap kali. Kalau free nanti, boleh belanja kami secawan, heh.

Maklumat lanjut layari www.facebook.com/alicafe.my