fbpx

“Dulu Saya Membesar Tak Cukup Kasih Sayang…”

Berjaya merangkul anugerah Aktres Pilihan di DFKL2019 untuk kali yang ketiga, menerusi Instagram, Janna Nick meluahkan rasa syukur kehidupannya dikelilingi oleh yang positif dan menyayangi dirinya.

Mengakui dirinya membesar tidak cukup dengan kasih sayang, Janna bersyukur kini Allah mengurniakan kasih sayang yang melimpah ruah. Janna turut berpesan kepada peminat-peminatnya sentiasa tabah dalam apa saja ujian yang dihadapi mereka.

BACA: Foto ‘Posing Maut’ Janna Nick Dihujani Komen Nakal Netizen

“Alhamdulillah, terima kasih masih memilih saya sebagai aktres pilihan anda untuk kali yang ke-3. Terima kasih semua yang mengundi. Dulu saya membesar tak cukup kasih sayang tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah-limpah.

“Saya rasa sangat disayangi. Pesan saya, kalau anda rasa sunyi, sendiri gunakan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna dimasa akan datang.

“Kesunyian tu bukan merosakkan jiwa tapi sebaliknya menenangkan dan melapangkan. Saya sayang semua. Doakan saya jadi yang terbaik,” tulisnya di Instagram.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Janna dalam industri hiburan tanah air. Kata netizen lagi, Janna sememangnya layak memenangi anugerah tersebut dan berharap Janna akan terus memberi inspirasi kepada peminat-peminatnya.