fbpx

Foto ‘Posing Maut’ Janna Nick Dihujani Komen Nakal Netizen

Nama Janna Nick bukanlah nama baru dalam industri hiburan tanah air. Memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, kini dikenali sebagai pengacara popular. Namun bukan mudah untuk bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan penampilan sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik oleh Janna menjadi perhatian netizen gara-gara aksinya yang agak mengiurkan dan kurang manis untuk tatapan umum. Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen nakal netizen.

BACA: “Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi … “

Bagaimanapun, ada segelintir peminat meminta Janna agar memadam gambar tersebut kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah. Malah ramai yang memberikan nasihat kepada Janna untuk tampil lebih sopan jika ingin kekal lama dalam industri seni.

Ramai pengikutnya turut menasihati Janna untuk lebih berhati-hati dalam soal pemakaian.Apa pun diharap selepas ini Janna lebih berwaspada sebelum memuat naik gambar di media sosial.