Pelakon Ozlynn Waty menyifatkan kehidupannya sebelum menutup aurat diibaratkan pengalaman termiskin dalam hidupnya.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meminta orang ramai berkongsikan pengalaman termiskin dalam hidup.
BACA: “Takut Orang Beli Pakai” – Ozlynn Tak Mahu Jual Baju Lama Ikut Bentuk Badan

Bagaimanapun, Ozlynn meluahkan rasa syukur kehidupannya kini sudah senang dan dirinya pula sudah bertudung.
“Miskin aku dulu sampai pakai baju tak cukup kain. Sekarang Alhamdulillah dah senang kepala pun dah ada kain tutup,” katanya.
Sementara itu, Ozlynn berkata dia kini sedang belajar untuk menjadi insan lebih baik serta memohon doa orang ramai.
“Pedih tapi kenyataan, miskin ilmu akhirat. Sekarang InsyaAllah perlahan-perlahan kayuh nak jadi kaya akhirat, doakan aku ya,” tulisnya.