fbpx

“Dulu Ramai Kata Dia Akan Kikis Duit Aku Sampai Tinggal Spender”

Sempena Hari Bapa, penyanyi dan penyampai radio, Mawi menerima hadiah daripada isterinya, Ekin iaitu sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesosi. Tiada niat untuk menunjuk, Mawi berkata perkongsian itu adalah untuk menghargai pengorbanan isterinya.

Mawi berkata Ekin banyak berkorban untuk dirinya dan keluarga sepanjang 12 tahun berumah tangga. Malah, isterinya itu tidak pernah meminta duit daripadanya sebaliknya pandai mencari duit sendiri dengan berniaga.

BACA: Oh Ini Sebabnya Kenapa Mawi ‘Sepi’ Seketika Dalam Industri…

https://www.instagram.com/tv/CBs41bDjCtn/?utm_source=ig_embed

“Sumpah tak ada niat nak tunjuk-tunjuk pun. Cuma nak hargai pengorbanan dia. Dah terlalu banyak dia berkorban untuk aku.

“Dia tak pernah pun nak push-push aku minta duit tiap-tiap bulan. Malah dia sendiri pandai cari duit dia sendiri. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mawi sempat menyingkap kembali keperita terpaksa dihadapi oleh isterinya ketika mereka mula berkahwin apabila ada yang menuduh isterinya akan mengikis duitnya.

“Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaliknya. Aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang,” tulisnya.

Terdahulu, Ekin mendedahkan dia pernah difitnah serta dilabel sebagai kaki kikis dan ‘kaki bomoh’ selepas berkahwin dengan Mawi.

Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Cahaya Malaika kini berusia 8 tahun.