fbpx

Oh Ini Sebabnya Kenapa Mawi ‘Sepi’ Seketika Dalam Industri…

Masih ingat tak dengan fenomena Tsumawi yang pernah tercetus suatu masa dahulu? Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang tertanya-tanya ke mana Mawi menghilangkan diri?

Kami tak lepaskan peluang untuk berjumpa sendiri dengan tuan punya badan dan ajukan soalan mengapa dan ke mana Mawi membawa diri?

Ini adalah antara jawapannya…

1. Terlibat di belakang tabir dan sibuk dengan perniagaan

Menurut Mawi, sejak mendirikan rumah tangga, dia banyak menghabiskan masa di belakang tabir dengan team produksinya dalam menghasilkan telefilem mahupun drama. Malah, Mawi turut memberitahu dia juga aktif dalam menjual minyak wangi di Instagramnya.

2. Baru Selesai Berlakon Munafik 2

Ingat tak sebelum ini kami pernah siarkan wajah Mawi terkini yang sudah mula berambut panjang?

Nampaknya Mawi benar-benar tekad untuk memikul tanggungjawab sebagai salah seorang pelakon filem seram Munafik 2 sehingga sanggup merubah imejnya.

3. Banyak Luangkan Waktu Dengan ‘Adik Faizal Tahir’ Demi ZAYAN…

Pasti anda tertanya-tanya apa kena mengena Mawi dengan adik kepada rockstar Faizal Tahir, Anas Tahir dan Zayan bukan?

Sebenarnya, mereka berdua kini sedang berkerjasama sebagai penyampai radio di stesen radio Zayan.

Apa itu Zayan?

Zayan menawarkan alternatif yang lebih baik untuk para pendengar khususnya golongan Muslim moden kontemporari, yang mementingkan pengisian positif dalam mendasari dan memenuhi kehidupan seharian mereka.

Menggunakan #IndahDiHati sebagai slogan, pemilihan muzik yang ditawarkan Zayan adalah merangkumi muzik pop dan ketuhanan tempatan dan antarabangsa.

Selain Mawi dan Anas Tahir, beberapa rakan penyampai seperti Lin Ariffin, Raqib, Falyq turut memeriahkan lagi program dengan pelbagai segment seperti di bawah…

  • 6 .00 pagi – 10.00 pagi: Salam Bros – Mawi & Anas
  • 10.00 pagi – 3 petang: #ZOTD – Lin Ariffin
  • 3 petang – 7 malam: Zayan Valet – Raqib
  • 7 malam – 8 malam: Zayan Fikir (Z-kir)
  • 8 malam – 12 malam: Zayan Cafe – Falyq

Menariknya, setiap pagi pendengar akan diberi beberapa pendedahan ilmu secara santai dan kasual.

Contoh seperti belajar mengeja Jawi Bersama artis-artis jemputan setiap hari, belajar berkomunikasi dengan 5 bahasa yang berbeza bersama PU Tahar.

Malah, sepanjang pendengar terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, pendengar akan disajikan dengan alunan muzik spontan yang dicipta khas oleh Mawi dan Anas mngikut situasi tertentu.

Bukan itu sahaja, pendengar juga boleh berinteraksi sambil berhibur melayan kerenah kedua penyampai ini di media sosial sambil menonton video-video menarik yang mengandungi mesejnya tersendiri.

Tak percaya boleh tengok video-video di bawah…

Jom tengok gelagat Mawi dan Anas dalam Bro buskers pagi ini bersama tetamu istimewa @njwalatif

A post shared by Zayan #IndahDiHati (@zayan.my) on

Apa Frekunsinya? Okay, jangan risau. Ini adalah frequensinya yang terkini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi Zayan #Indahdihati.

4. Mawi sedang sibuk menyiapkan lagu single terkini.

Selain sibuk dengan jadual harian sebagai seorang penyampai radio dan kerja di sebalik tabir, Mawi juga kini sedang sibuk mempersiapkan lagu single terkini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

So kepada sesiapa yang kata Mawi menghilangkan diri itu sebenarnya tidak tepat. Mawi masih ada di dalam industri dan masih aktif di dalam dunia seni.