Melihatkan ramai selebriti sudah menamatkan zaman bujang, peminat menantikan pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran pula untuk mendirikan rumah tangga.

Uyaina berkata dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari bahagianya itu namun masih belum mempunyai tarikh muktamad untuk melangsungkan perkahwinan.

BACA: “Saya Pernah Diminta Berlakon ‘Minum’ Di Kelab Malam Sebab Tak Popular”

“Saya happy bila tengok ramai kawan dah dirikan rumah tangga mungkin sebab dah tangguh kerana lockdown dan PKP… begitu juga kami sedang menuju ke arah menghalalkan hubungan.

“Persiapan itu ada, lagi-lagi pula ia melibatkan keluarga dan mereka tahu kita sedang berkawan tapi tarikh spesifik masih lagi pilih-pilih sebab kami nak tengok situasi semasa dulu.

“InsyaAllah nanti dah tentu tarikh dan ada perancangan barulah kita akan beritahu sebab sekarang ini kita perlu mengambil kira beberapa faktor,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan majlis perkahwinannya, Uyaina berkata jika dulu dia mahu adakan majlis di atas kapal, namun kini cukup sekadar majlis ringkas sahaja.

“Kalau dulu orang tanya apa wedding idaman, saya kata mahu kahwin atas kapal… benda-benda yang extravagant tapi bila dah semakin matang ni rasa nak simple sahaja, intimate.

“Saya tak mahu terlalu bermajlis… cukup yang ringkas sahaja, lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya.

“Risau juga dalam keadaan sekarang ni kes Covid-19 masih tinggi, kita tak tahu lagi macam mana… apa-apa berita baik nanti pasti saya akan kongsikan,” katanya.