fbpx

Dulu Hidup Susah, Nia Ramadhani Pergi Sekolah Naik Van

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kisah kelakar dan faktar menghiburkan mengenai pelakon terkenal Indonesia, yang juga popular menerusi drama Bawang Putih Bawang Merah iaitu Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen.

Bagaimanapun, baru-baru ini Nia berkongsikan kisah kehidupan sewaktu kecil dimana dia pernah hidup susah sehingga perlu ke sekolah dengan menaiki van tambang yang dipanggil angkot berkali-kali.

BACA: Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Asyik Bangun Lambat

“Tahu tak perjalanan saya dari rumah untuk keluar menimba ilmu sangat sukar pada waktu dulu.

“Dari rumah saya harus berjalan kaki untuk menaiki van, sampai ke Pondok Labu, kemudian ditukar lagi ke van warna putih untuk ke D02. Dari D02 ke Stadion Lebak Bulus, di sana ada bas mini dan terus sampai ke Pondok Indah,” katanya.

Mengimbau kenangan lalunya itu, Nia berpesan kepada penonton agar sentiasa bersyukur dan yakin akan tiba masanya untuk merasai kesenangan asalkan berusaha.

“Buat semua yang pernah merasai apa yang pernah aku rasa, tenang saja. Kita tak selalunya di situ.

“Ya bergantung, kita mungkin di situ kalau tidak melakukan apa-apa. Teruskan usaha dan jalan terus yang penting kamu tahu apa yang kamu mahu,” tambahnya.