fbpx

Nia Ramadhani Disayangi Mertua Walaupun Asyik Bangun Lambat

Sejak kebelakangan ini sahaja sahaja kisah kelakar mengenai pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani yang menjadi bualan hangat netizen. Selepas berjaya memecahkan telur, Nia akui baru tahu sayur perlu disimpan di dalam peti ais.

Baru-baru ini, Nia mengakui dia sukar untuk bangun pada waktu pagi. Menurut Nia, dia memang mempunyai masalah untuk bangun pagi sejak dahulu lagi walaupun selepas berkahwin.

BACA: Nia Ramadhani Baru Tahu Sayur Perlu Disimpan Dalam Peti Ais

Meskipun dia menyedari bahawa ia merupakan satu tabiat buruk namun sikapnya langsung tidak menjadi masalah buat ibu dan bapa mertuanya yang menerima dirinya seadanya.

“Ayah dan ibu Ardi menerima diri aku seadanya. Mungkin sebab mereka sudah melihat tabiat susah bangun pagi aku ini sukar untuk diubah, jadi mereka menerimanya dengan berlapang dada,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, Nia mendedahkan bahawa mertuanya juga tahu bahawa dirinya tidak pandai mengupas kulit buah-buahan.

Justeru itu, mereka tidak menyuruh Nia untuk mengupas buah menggunakan pisau kerana risau jari pelakon itu akan tercedera.