Usahawan Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa bimbang melihat akhlak segelintir remaja di zaman sekarang.

Menerusi satu hantaran di Threads, Shahida jika dibanding zaman dahulu cikgu dan ibu bapa tegas dalam mendidik anak-anak.

BACA: Shahida Didik Anak-Anak Bergaul, Wajib Ikut Setiap Kali Pergi Kenduri

Menurut Shahida lagi, jika dahulu kita melakukan kesalahan pasti akan terima teguran serta akibat agar tidak mengulanginya lagi.

“Akhlak sesetengah remaja sekarang makin membimbangkan. Dulu cikgu tegas, mak ayah pun tegas. Salah tetap salah, dan kita diajar menerima teguran serta akibat. Sekarang cikgu nak tegas serba salah, ibu bapa nak marah pun takut jadi isu,” katanya.

Dalam pada itu, Shahida berkata lagi sikap terlalu takut untuk menegur serta mendidik anak-anak sehingga mereka hilang hormat serta melampaui batas.

“Jangan salahkan anak-anak semata-mata. Kadang-kadang sistem dan masyarakat kita sendiri terlalu takut untuk mendidik, sampai anak-anak semakin hilang batas, adab dan rasa hormat,” katanya

×