fbpx

“Duit Tak Cukup, Kes Mahkamah Syariah, Nama Kena Tolak Stesen TV”

Berdepan dengan kontroversi rumah tangga tahun lalu, pelakon Amar Asyraf mendedahkan 2020 merupakan tahu buruk baginya apabila pelbagai dugaan diterima dalam kehidupannya selepas isu terpalit dirinya.

Menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku, Amar akui semua terjadi kerana tindakannya yang ‘menyakiti’ keluarga, rakan dan orang sekeliling dengan sikap dan tingkah laku yang tidak baik.

BACA: Amar Asyraf Ceraikan Isteri Kedua Talak Tiga

“2020 tahun yang buruk buat saya. Saya rasa ‘hilang’, marah, geram dan berasa saya seorang yang melawan dunia seorang diri.  Saya geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri. Bukan salah siapa-siapa tapi salah diri sendiri. Bukan salah Arna (isteri), atau sesiapapun.

“Saya menyakiti mereka dengan tingkah-laku saya yang tidak bagus. Saya menyerah untuk menjadi lelaki yang baik bertahun-tahun yang lalu. Saya tertekan makan dan semuanya.

“Saya berasa sangat buruk dengan dunia. Saya berasa semuanya tidak adil. Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya sendiri. Saya membiarkan diri dikelilingi oleh negatif. Saya mempunyai beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup dengan sifar peratus orang merosakkannya tetapi saya berjaya merosakkannya sendiri,” katanya.

Menyesal di atas segala kesilapan yang dilakukan, Amar berkata sudah sampai masa dia berubah dan mencari dirinya semula. Ujarnya, hanya dirinya sahaja yang mampu mengubah kehidupannya dan dia mahukan masa depan yang baik untuk anak-anaknya.

“Saya tidak tahu diri saya. Saya benar-benar merasa kehilangan. Namun saya nampaknya tidak mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan. Maaf kerana mengecewakan banyak orang. Saya sangat menyesal. Saya minta maaf.

“I mahu ubah hidup. I mahu lebih positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri dan mengenal diri sendiri. Hanya Saya yang mampu ubah hidup. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik saya. Untuk Taufiq dan Dian,” katanya.