Amar Asyraf Ceraikan Isteri Kedua Talak Tiga
Tahun lalu nama Amar Asyraf menjadi bualan hangat apabila seorang wanita mendedahkan hampir berkahwin dengan pelakon itu namun membatalkannya apabila mengetahui Amar mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.
Terbaru, isteri kedua pelakon tersebut iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya pada 4 November tahun lalu secara bersemuka. Bagaimanapun sehingga kini Amar enggan bekerjasama untuk uruskan hal perceraian mereka.
BACA: Isteri Kedua Rayu Amar Asyraf Tunaikan Tanggungjawab
“Ya, Amar sudah menceraikan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingat nak selesaikan secara senyap-senyap.
“Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada menghubunginya.
“Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perceraian ini,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Vivi yang merupakan penerbit di sebuah stesen TV berharap Ammar dapat memberikan kerjasama untuk segera selesaikan kemelut rumah tangga mereka. Vivi berkata dia reda atas apa yang berlaku dan sedikit pun tidak menyimpan dendam terhadap Amar.
Terdahulu, isteri kedua Amar iaitu Vivi tampil membuka mulut mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Vivi berkata dia menyimpan rahsia tersebut demi menjaga nama baik Amar serta menyedari statusnya sebagai isteri kedua.
- SUMBER
- mStar Online
Knp la ceraikn smpi talak 3?tlak 1 ade,tlak 2 ade.kwin pnye la sronok ye
Yg bujang ada…. Nak jugak kat laki orang.
Yg duda ada…… Nak jugak kat laki orang.
Amik kau no. 2, sanggap sangat nak laki orang… Teroos dapat 3 strike.
@Amar, jadilah lelaki yg bertanggung jawap.
Ammar ni tak sangka muka baik2…selalu dpt watak pijak semut tak mati…ku ingatkan dua sekali tiga…acting tak selalu mana dpt duit kawin byk2 ni pelik…melayu…melayu…kesian akak ni sampai 3 dia bagi…tegamak sungguh
Why woman kena jaga hati lelaki???? Klu aku…mamposs ko la ..takdanya aku nak jaga hati ko.
Cinta manusia mcmni lah kejap jek sejuk. Dayus btul dah ceraikan pastu buat bodoh.
bagus juga ammar bagi tiga. senang akak vivy nak nikah lain.vivy pon xhingin ke ko dah lah.
Nasib isteri2…. Ada yg bini 1st kena cerai… Kes ni bini ke2 kena cerai…. Alkisah salah tengok n pilih laki utk bersuami….. Ngayat sikit dah ok luv u tiljahanam.
Dah ada zuriat allah bgi…zuriat sihat…awak sihat…. Jaga lah amanah allah tu…. Laki x bagi nafkah esok dia tanggung la dekat akhirat… Yg awak kena kerja la nak bg makan anak…xkan nak jual buku puisi? Tettt
Laki tu mmg x guna pun..xyah peduli la psl dia… Psl duit pun xpayah. Ingat anak tu boleh bwk awak masuk syurga mati esok lusa! Sape tau!