“Duit Banyak, Rumah Besar, Tak Boleh Bawa Mati Pun”
Mengakui sebelum ini terlalu hanyu dengan dunia, pelakon Amar Baharin berkata ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19 melanda dunia sekaligus mendekatkan dirinya dengan agama.
Amar berkata selama ni dia terlalu sibuk mengejar hal dunia, namun berikutan Covid-19 berlaku, dia dapat meluangkan masa melakukan ibadah.
BACA: Ditegur Biarkan Anak Berambut Panjang, Amar Baharin Ada Sebab Tersendiri
“Ada hikmah Covid-19 melanda dunia. Buat saya, selama ini terlalu kejar dunia. Solat selalu tinggal sebab sibuk dengan kerja. Amalan lain jangan ceritalah. Memang ke laut.
“Sekarang ini, tinggal solat rasa dosa besar sangat. Lambat sikit tunaikan solat rasa tak senang duduk. Insya-Allah, saya harap dapat istiqamah begini sampai saya mati,” katanya.
Sejak kebelakangan ini dilihat sering berkongsi posting menghafaz Al-Quran, Amar berkata untuk mengakui proses perubahan yang sedang dilaluinya kini sebagai satu hijrah.
“Ada orang dua tiga hari sertai aktiviti tabligh, terus kata diri sudah berhijrah, pakai serban dan sebagainya. Tapi, itu terpulang.
“Kadang-kadang, saya malu untuk mengaku apa yang sedang berlaku dalam hidup sekarang adalah satu hijrah. Saya hanya nak jadi manusia yang lebih baik dan semoga Allah tetapkan iman saya.
“Semakin saya berusia, semakin saya sedar yang dunia ini hanya sementara. Duit banyak-banyak, kereta dan rumah besar, semua itu tak boleh bawa mati pun,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
nak promosi drama barukan.
taktik belajar dari hajah lopak dan PU Tak habis belajar
Bila kita berubah tolong jgn kaitkn dgn perubahan org lain…cerita diri kita pun cukup..atau xcerita lg baik…biar hya kita dn ALLAH saje yg tahu…
Bila kita berubah tolong jgn kaitkn dgn perubahan org lain…cerita diri kita pun cukup..atau xcerita lg baik…biar hya kita dn ALLAH saje yg tahu…
Mengakui kekurangan diri dh bagus…teruskan ibadah yg wajib dn amalan2 soleh hanya satu niat kerana Allah taala..kena berhati2 mempamerkan ibadah dll dlm socmedia dikhuatiri menimbulkan riak tanpa disedàri..biar lah orang dgn cara mereka…
mgkn org yg dh berusia (otailah kiranya), mcm umur bawah 55, tak perlu gunakan ayat2 tu “Duit byk, Rmh bsr, Tak boleh bawa matipun” sesuai utk mereka2 yg berusia sebegini. TETAPI MEMANDANGKAN kau msih muda, anak pulak msih kecik..anda boleh fikir pjg. Dunia dn akhirat perlu seimbang kan.
Betul tu wekkkk…bagi org yg dah berumur lanjut mungkin ok klu ckp mcm tu…tapi bagi yg muda, sihat walafiat…mindset duit bnyk bkn boleh bwk mati pun takut akn sbbkan org muda x nak usaha utk hidup selesa…x kisah anak mkn pakai x cukup,x kisah anak x sekolah sbb pikir semua tu bkn boleh bawak mati pun…xkaya jutawan pun x pa..aslkan kehidupan selesa…x mcm seorang pengemis…