fbpx

Berang Dengan Netizen, Fiza Halim Muat Naik Foto Tidak Berhijab

Bukan mudah bergelar selebriti, setiap tindak tanduk dan penampilan pasti akan menjadi perhatian. Malah, ada saja serba tak kena di mata netizen.

Menerusi Instagram, pelakon Fiza Halim meluahkan rasa berang dengan sikap netizen yang asyik mencari kesalahan artis. Kata Fiza tidak salah untuk memberikan komen atau nasihat tetapi biarlah ada batasnya dan tidak keterlaluan.

BACA: Fiza Halim Bengang Nasi Goreng Harga RM12

Fiza turut memuat naik fotonya tidak berhijab dimana gambar tersebut merupakan foto lamanya sebelum bertudung. Fiza mengakui dia bukan seorang yang baik namun sedang belajar ke arah itu.

“Nasihat boleh nasihat tapi biar berpada-pada dan paling best yag komen semua private account. Sebelum bercakap pasal aurat, mulut dan lidah kena jaga-jaga,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza memberitahu dia tidak kisah kenyataannya itu membuatkan ramai yang tidak sukakan lagi dirinya atau hilang peminat kerana rezekinya selama ini bukan bergantung kepada netizen.