Awal pagi semalam kecoh apabila kereta jenis MPV Toyota milik Rozita Che Wan telah dilaporkan hilang di USJ Taipan, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, hasil dari pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati dua suspek telah merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut
BACA: Kenderaan MPV Hilang, Che Ta Akan Buat Laporan
“Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi semalam. Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas. Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.
Dalam pada masa yang sama, ACP Azlin turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan. Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000, beberapa barang berharga seperti beg tangan dan kasut turut dilarikan.
Terdahulu, kereta MPV milik Che Ta itu dilaporkan telah hilang ketika diparkir di kawasan kediaman beliau. Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurusnya sendiri, Afiq Wahab sejurus selepas Che Ta menyedari kehilangan keretanya. Bagaimanapun Che Ta selepas itu terus membuat laporan polis berkenaan kejadian malang yang berlaku terhadapnya itu. (rkty/w)