fbpx

Kenderaan MPV Hilang, Che Ta Akan Buat Laporan

Awal pagi tadi, kenderaan MPV Toyota milik Che Ta telah dilaporkan hilang di USJ Taipan, Subang Jaya. Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Afiq Wahab yang turut mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh pelakon wanita tersebut.

BACA: Che Ta Nafi Hilang RM164,000 Di Switzerland

a

“Saya mengetahui perkara itu apabila Che Ta menghubungi saya awal pagi tadi yang memaklumkan MPV miliknya hilang. Dia sendiri tidak pasti bila kejadian itu berlaku. Difahamkan kenderaan itu diletakkan di kawasan parkir kediamannya”

“Apabila dia hendak keluar rumah, dia mendapati ia hilang. Kebetulan semalam Zain yang memandu kenderaan itu. Jadi memang pasti ia diletakkan di kawasan yang betul. Saya tidak boleh cakap apa punca atau perilaku jenayah. Sebab mereka sekarang masih berada di pejabat pengurusan kediaman,” katanya.

Menurutnya, Che Ta akan membuat laporan polis bagi mendapat kebenaran melihat kamera litar tertutup (CCTV). Tambanyam kenderaan itu juga sudah digunakan Che Ta sejak tiga tahun lalu. Sementara itu, perkara tersebut turut dikongsikan oleh rakan rakan selebriti berkenaan di laman sosial masing masing. (rtky/s)