fbpx

Dua Pereka Fesyen Ternama Kurang Puas Hati Dengan Alyah Kerana Baju?

Lagi kisah tidak puas hati ketika Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu — tetapi kali ini ianya melibatkan pereka fesyen & seorang penyanyi terkenal.

Dua orang pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Alyah yang di'dakwa tidak memakai baju rekaan mereka.

Kedua dua pereka ini mendakwa yang Alyah meminta mereka untuk mereka persalinan untuk menghadiri Anugerah Planet

Muzik 2012 — juga untuk persembahan beliau malam itu.

Namun, Alyah sebaliknya tidak memakai persalinan yang telah di'berikan tanpa sebarang penjelasan — Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini juga mendakwa tiada permohonan maaf.

Menerusi akaun Twitter beliau, Hatta Dolmat mengatakan yang Alyah seakan 'mengejar' beliau untuk baju, tetapi akhirnya tidak di'pakai pada majlis anugerah muzik serantau itu.

“This kind of attitude shouldn't be condone and accepted. Be wary of working with her in the future. A reminder for all fashion designers,” pesan Rizman Ruzaini menerusi Twitter.

zp8497586rq