fbpx

“Dua-Dua Mengalah & Masing-Masing Juga Rindu” – Anju

Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan hubungannya dengan Datuk Seri Khazrul Elzy kembali bertaut semula sejak bulan lalu.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Zarina atau mesra disapa Anju berkata kisah putus tunang sebelum ini sebagai pengajaran untuk mereka perbaiki diri masing-masing.

BACA: Zarina Anjoulie Akui Suka Lelaki Poket Tebal

“Niat untuk serius itu memang ada, tapi jodoh di tangan Allah. Mungkin hubungan kali ini menjadi atau tidak…Saya sendiri tak tahu. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah perbetulkan kesilapan diri.

“Saya mahu belaar sabar dan tak ulang kesalahan lama. Kukuhkan diri baru bincang soal kahwin. Mungkin sebelum ini kami terburu-buru nak bertunang,” katanya.

Sementara itu, Anju berkata perasaan rindu membuatkan hati mereka terbuka kembali untuk menjalin semula hubungan yang terputus sebelum ini.

“Kami kembali rapat sejak bulan lalu…Dua-dua mengalah dan masing-masing juga rindu. Kalau dah cinta bersatu jua. 

“Tak rasa ke kami ni sama-sama gila? Sebab itu boleh bersama. Anak saya juga rapat dengan dia. Saya pun malas nak cari lelaki lain,” katanya.

Dalam pada itu, Anju berkata dia dan Khazrul tidak meletakkan harapan tinggi dalam hubungan ini dan akan mengekalkan hubungan baik jika impian untuk berkahwin tidak menjadi.

“Kami take it slow kali ini. Biarlah muhasabah diri dulu. Kalau hubungan ini tak menjadi sekalipun kami tak mahu bergaduh lagi,” katanya.

Terdahulu, hubungan Khazrul dan Anju dikatakan terlerai selepas dua minggu mengikat tali pertunangan. Malah, Khazrul berkata dia bukanlah lelaki yang terbaik buat Anju serta memilih untuk terus bersahabat baik.