Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan baru-baru ini rumahnya dikunjungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas aktor tersebut membuat laporan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Hib Glam, Shuhada mendakwa pihak sebelah sana membuat laporan kononnya anak-anak mereka diabai dan didera. Menurut Shuhada, sebagai ibu dia tidak akan tergamak melakukan perkara tersebut kepada dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.
BACA: Shuhada Dituduh Tak Bersyukur Dapat RM100 Nafkah Anak
“Baru-baru ini tiba-tiba JKM datang rumah selepas ada aduan dari pihak sana (Hafidz) kononnya saya abai dan dera anak.
“Jangan sebab rasa marah pada saya sebelum ini, dia sanggup nak zalimi anak-anak pula. Mereka rasa trauma apabila ada orang datang rumah ramai-ramai.
“Proses itu juga memakan masa lama kerana pihak JKM perlu buat siasatan dan ambil gambar. Kalau betul saya dera anak, mereka akan duduk dengan JKM. Sanggup ke dia sebagai bapa lihat perkara itu?” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada menegaskan dida tidak menghalang Hafidz untuk datang bertemu dua anak mereka serta kesal tindakan yang tergamak membuat laporan berkenaan.
“Kalau dia nak datang jumpa anak boleh berhubung melalui peguam saya. Datang saja bila-bila masa. Kami telah gagal dalam perkahwinan tetapi janganlah bebankan anak-anak yang tidak bersalah.
“Jangan pentingkan diri dan menyulitkan lagi keadaan. Saya juga tertanya-tanya mengapa dia tergamak membuat laporan sebegitu terhadap saya?” katanya.
Shuhada turut mendedahkan Hafidz turut culas dalam membayar nafkah dua anak mereka.
“Soal nafkah adakalanya dia tidak beri. Mengenai jumlah bayaran nafkah, tanyalah dia sendiri. Dia beri nafkah ikut suka hati dia sahaja,” katanya.