fbpx

Dua Bulan Kahwin, Mira Filzah Sedang Belajar Mengenali Suami

Sudah lebih dua bulan melayari bahtera alam rumah tangga, Mira Filzah mengakui banyak perkara yang dirinya perlu pelajari dan perbaiki. Mira berkata dia kini lebih memberi fokus dalam aspek pengurusan masa.

Mahu menikmati masa berdua dengan suami, Mira berkata buat masa ini dia hanya terbabit dalam program Nona dan hanya akan memberi tumpuan pada karier lakonan akhir tahun ini.

BACA: Mira Filzah Tak Sangka Suami Berjaya Buat Mekap Ala Jennie Blacpink

“Pastinya status bergelar isteri ini sentiasa membuka ruang untuk saya belajar selok belok rumah tangga dan menguruskannya sebaik mungkin.

“Pengurusan masa saya pun lebih teratur dan banyak perkara dapat dibuat sekali gus menjadi pengalaman berharga.

“Saya sudah maklumkan kepada pengurus untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon buat seketika,” katanya.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia kini menghabiskan masa bersama suami dan sedang belajar untuk mengenali suaminya, Wan Emir Astar dengan lebih mendalam. Kata Mira lagi, dia kini mempunyai banyak masa untuk menguruskan rumah tangga.

“Biar ada tempoh untuk saya betul-betul kenal dan belajar mengenali suami dengan lebih mendalam. Jadi, sementara ada ruang senggang ini, saya hendak menghabiskan masa bersama suami. Banyak juga urusan saya dan suami hendak berpindah dan membuat dekorasi rumah baharu.

“Kami usahakan sedikit demi sedikit. Selain itu, saya juga lebih banyak masa memasak untuk suami. Saya hendak uruskan makan pakainya,” katanya.