fbpx

Mira Filzah Tak Sangka Suami Berjaya Buat Mekap Ala Jennie Blacpink

Sudah hampir tiga bulan melayari bahtera alam rumah tangga, namun masih ramai yang belum boleh move on dengan kisah cinta pelakon Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar.

Mempunyai saluran YouTube mereka sendiri diberi nama #EmirAmirah, Mira berkata video yang dihasilkan atas permintaan para peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan pasangan itu dalam melayari bahtera rumah tangga.

BACA: Wan Emir Setia Temani Mira Filzah Buat Kek Pisang Di Dapur

Jika sebelum ini mereka memuat naik video membuat kek bersama-sama, dalam video terbaru Mira meminta suaminya membuat solekan pada wajahnya persis penyanyi Kim Jennie dari kumpulan Blackpink.

Menerusi video tersebut, Emir dilihat mendengar baik arahan Mira supaya solekan yang dihasilkan berjaya serta memuaskan hati isterinya.

Di penghujung video tersebut, Mira seolah terkejut dengan hasil solekan suaminya itu dan menyifatkan solekan tersebut memuaskan meskipun baru pertama kali melakukannya.

Diruangan komen, rata-rata peminat suka dengan telatah mereka berdua yang tampak romantis dan serasi bersama. Malah, ramai yang memuji Emir melakukan tugas yang baik menatarias wajah isterinya serta tidak sabar untuk melihat video mereka seterusnya.

Baru sahaja disiarkan semalam, video berdurasi 26 minit itu telah mendapat sebanyak 245,000 jumlah tontonan.