fbpx

Dua Bulan Kahwin, Berat Badan Nadzmi Adhwa Naik 15 Kg

Betul orang selalu cakap, bila berkahwin memang bahagia sangat-sangat. Baru sahaja dua bulan bergelar suami kepada Ardell Aryana, pelakon Nadzmi Adhwa berkata berat badannya kini mencecah 80kg daripada 65kg sebelum ini.

Menurut Nadzmi semuanya gara-gara isterinya yang pandai memasak membuatkan selera makannya bertambah. Nadzmi berkata dia sangat gemarkan lauk masak lemak cili api siput sedut yang dimasak oleh isterinya.

BACA: Bakal Beri Ceramah ‘Friendzone’ Di UUM, Ardell Diperli Netizen

“Tengok saya semakin berisi bukan? Sekarang berat badan saya sudah mencecah 80 kilogram daripada sebelum ini 65 kilogram sahaja.

“Ia berpunca daripada isteri saya kerana dia memang seorang yang pandai masak. Makanan dia semuanya sedap. Apa sahaja dia masak, saya kena makan sebab nanti takut dia kecil hati.

“Lagipun Ardell anak chef, berilah dia apa sahaj barang, dia tahu je nak masak apa. Saya paling suka kalau dia masak lemak cili api siput sedut dan sambal petai,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nadzmi berkata dia sedang berusaha untuk mengembalikan berat badan idealnya bimbang mengalami masalah kesihatan jika berat badan berlebihan.

“Nampaknya, selepas ini saya terpaksa bekerja keras untuk kecilkan balik badan saya. Dulu kalau lari saya stedy lagi, sekarang lari sedikit saya dah mengah.

“Kalau boleh saya tak mahu lakukan secara drastik sangat. Insyaallah perlahan-lahan dalam tempoh tiga bulan mungkin boleh kurus semula,” katanya.