fbpx

Bakal Beri Ceramah ‘Friendzone’ Di UUM, Ardell Diperli Netizen

Mendirikan rumah tangga awal September lalu, apa saja perkongsian Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana pasti akan menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, tiada siapa menyangka dua sahabat baik ini akan bergelar suami isteri.

Jika anda mengikuti perkembangan pasangan ini, Ardell dan Nadzmi sering menghadiri ceramah di beberapa universiti tempatan. Malah, sebelum ini Nadzmi telah dijemput untuk memberikan ‘talk’ di UiTM Merbok. Nampaknya, kali ini giliran Ardell pula bakal memberikan ceramah di UUM.

BACA: “Dah Jadi Isteri Pakai Elok Sikit, Serabut Tengok Ardell”

Apa yang menjadi perhatian adalah tajuk ceramah tersebut berkenaan topik ‘Friendzone’ dan ianya bakal berlangsung pada 20 November depan.

Bagaimanapun, netizen memerli pelakon wanita itu serta topik ceramah yang akan dibincangkan. Netizen turut mempersoalkan kredibiliti Ardell untuk memberi ceramah kepada pelajar universiti.

Namun ada yang berpendapat tidak boleh menghentam pelakon tersebut sahaja, pihak penganjur juga perlu dipersalahkan kerana menjemputnya untuk memberikan ceramah.

Apa pun tiada salahnya jika menjemput selebriti untuk memberikan ceramah santai kepada para pelajar, tetapi seperti biasa bukan mudah bergelar selebriti kerana ada saja serba tak kena di mata netizen.