fbpx

DSV Sedih Anak Dituduh Minum Darah Kambing Hitam

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ada berkongsikan fotonya bersama dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak. Seperti biasa pasti akan ada netizen yang mentertawakan dan mengutuk anak gadisnya itu.

Malah ada netizen turut mengaitkannya dengan produk pemutih kulit yang dijual ibunya. Menerusi Instagram, DSV meluahkan rasa terkilan dengan komen melampau netizen yang menghina rupa dan warna kulit anaknya.

BACA: DSV Lantik Cik B Jadi CEO Termuda

Vida memberitahu sehingga ada netizen memfitnah anaknya itu minum darah kambing hitam. Dalam pada itu, Vida berkata dia sudah puas memaksa Cik B untuk minum Qu Puteh namun sering ditolak. dan anak gadisnya itu suka akan kulitnya yang gelap.

Diruangan komen, rata-rata netizen menasihati Vida agar tidak terlalu memaksa Cik B untuk mengubah penampilannya dan biarkan anak gadisnya itu menjadi dirinya sendiri.

Kata netizen lagi, Cik B masih muda dan masih belum terfikir lagi untuk bergaya. Netizen berkata cantik itu subjektif dan Cik B tetap kelihatan cantik dengan kulit hitam manisnya.