fbpx

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

Mengenang jasa majikannya, Datuk Seri Vida yang tidak dapat menahan air mata apabila menerima hadiah berupa tas tangan berjenama mewah berharga RM30,000 daripada pengurus pemasarannya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Menurut Iqbal, hadiah tersebut adalah sebagai tanda terima kasih buat DSV yang telah banyak membantunya dan memberi tunjuk ajar kepadanya dalam selok belok perniagaan sehingga menempa kejayaan seperti hari ini.

BACA: Cik B Tolak Hadiah Barangan Berjenama Mewah Daripada DSV

Iqbal turut memuat naik videonya menghadiahkan beg tangan itu serta ucapan penghargaan kepada DSV.

Dalam pada itu, DSV menerusi video tersebut mengatakan dia tidak menyangka Iqbal sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya untuk memberikannya hadiah serta berbangga dengan kejayaannya kini.

“Saya tidak sangka Iqbal mampu untuk membelikan hadiah semahal ini kepada saya. Saya berbangga kerana Iqbal berjaya dalam perniagaannya hari ini.

“Iqbal bertatih dari bawah sehingga dia mampu mengecapi kejayaan dan menjalani kehidupan dengan lebih baik sekarang,” katanya sebak.

Kata DSV lagi, beg tangan edisi terhad berjenama Christian Dior itu sudah lama diidamkan. Ujarnya, dia menangis bukan kerana beg mahal tetapi menerima hadiah daripada orang lain kerana selama ini dia yang sering memberi hadiah.

“Saya sebelum ini memang ada tengok beg tangan ni. Tapi tangguhkan hasrat membelinya, tak sangka impian untuk memilikinya tercapai.

“Saya menangis bukan kerana beg tangan ini mahal tetapi kerana saya tidak pernah menerima hadiah daripada sesiapa selalunya saya yang bagi orang hadiah,” katanya.