DSV Malas Layan Iqbal, Sibuk Menyelit Tumpang Glamor Bila Dah Sendu
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan agama bagi menyiapkan pusata tahfiz miliknya dengan mengajak orang ramai menonton muzik video Ku Ikhlaskan.
Menurut Vida, niatnya hanya untuk menggalakkan orang ramai menyumbang serta bersama-sama mengumpul pahala akhirat.
BACA: Baru 24 Jam Dilancarkan, Lagu DSV Raih 1 Juta Tontonan
“Menunggang agama apa? Ini sebahagian kerja amal kami, apalah salah sambil menonton MV kita ajak orang ramai menderma dengan hulurkan sedikit sumbangan ke nombor akaun yang saya nyatakan.
“Sambil berhibur, kalau boleh hulurkan la sikit untuk pahala. InsyaAllah duit yang kita dapat daripada jumlah tontonan YouTube itu pun nanti kita akan sumbangkan.
“Ada juga cakap kenapa saya tak bagi sumbangan RM400,000 secara terus kepada mereka? Sejujurnya sebelum ini saya dah buat seorang diri, dah banyak sumbangan saya bagi, jadi tak salah sekarang ini saya nak ajak orang lain berjemaah sekali,” katanya.
Terdahulu, tindakan Vida mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton MV lagu berkenaan mengundang rasa kurang senang pendakwah bebas PU Syed.
Ujarnya, muzik video berkenaan mengandungi unsur maksiat dan mengajak orang ramai menontonnya adalah salah.
Dalam pada itu, Vida menafikan dakwaan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkifli kononnya muzik video berkenaan ditujukan kepadanya. Malah, Vida memberitahu dia sudah malas melayan pemuda itu yang mahu menumpang glamour sahaja.
“Tak ada kena mengena dengan dia… serabutlah saya! Sekarang ni dah sendu mulalah nak kaitkan nama saya. Saya dah malas nak layan dia, kalau dilayan makin menjadi nanti.
“Fasal gambar dia dalam MV tu, saya pun tak tahu ada foto dia sebab itu semua disediakan oleh budak prop. Tajam pula mata dia tengok sedangkan saya pun tak perasan.
“Malaslah saya nak fikir apa kata dia… ini namanya sumpahan tak boleh popular, apabila dah popular mulalah lupa diri, asyik berbunyi sahaja sebab sekarang pun dah sendukan?” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
dua2 ni sampah…badut negara..memalukan kelantan je lah.
kenapa eh…media melayu suker up cerite2 lagha diaorang neh?
Dua2 ni patot direjam dgn kulit durian.
Aku pun keliru. Dia ni artis ke jutawan? Ada korg nmpk vincent tan nyanyi mcm ni?
penyanyi taik juboooooooooo!!
Gosip low quality ya rabbbb bosannnnnn!!!!
bila dah sendu, gunakan agama nak naik kan nama balik.
klau korang kecam tp still tgk n stalker still mcm korang support dia…view ig, tiktok, mv watever…. lg dia suke…