fbpx

Baru 24 Jam Dilancarkan, Lagu DSV Raih 1 Juta Tontonan

Baru saja melancarkan lagu terbaru berjudul Ku Ikhlaskan 3 pagi Isnin lalu, muzik video usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sudah pun meraih 1 juta tontonan selepas 24 jam ianya dimuat naik di YouTube.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram miliknya, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat usahawan berkenaan di atas kejayaannya itu.

BACA: “Lagu & MV Ini Sebagai Saham Akhirat Saya Dalam Menyiapkan Pusat Tahfiz”

Diruangan komen, netizen turut memuji persembahan terbaik Vida serta pakaian yang ditampilkan dalam muzik video berkenaan.

Tidak kurang juga, ramai yang mengatakan lagu tersebut sememangnya sedap dan berharap lagu itu dapat ke Anugerah Juara Lagu.

Terdahulu, Vida berkata berkata lagu tersebut adalah usahanya untuk mengumpul dana bagi menyiapkan pusat tahfiz miliknya. Ujarnya lagi, dia mahu mengajak orang ramai dan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.

Katanya lagi, lagu ciptaan Amy Ukays bersamanya itu bukan sekadar luahan kisah peribadi tetapi penuh dengan emosi duka lara yang dialaminya.

Difahamkan, muzik video berkenaan menelan kos RM40,000 dan menjalani penggambaran selama lima hari di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.