Kemelut mengenai isu berlian palsu sudah pun berakhir, nampaknya ada satu lagi cerita timbul mengenai usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Terbaru, Vida memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang meninggalkan komen melampau di Instagram miliknya.
Menerusi Insta Story, pihaknya sudah mengenal pasti netizen yang terlibat dan turut memaparkan beberapa komen ‘terpilih’ yang bakal menerima notis tidak lama lagi.
BACA: “Saya Minta Firman Jangan Terikut-Ikut, Nanti Malu Sendiri”
“Tindakan akan diambil terhadap netizen yang menulis komen keterlaluan. Pihak kami sudah mengenalpasti individu-individu berkenaan dan dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka sebelum notis dihantar,” tulisnya.
Terdahulu, Vida dikritik netizen susulan tindakannya yang didakwa cuba merendah-rendahkan penyanyi Aishah apabila memasukkan berlian ke dalam balang makanan ringan.