fbpx

“Saya Minta Firman Jangan Terikut-Ikut, Nanti Malu Sendiri”

Kemelut antara Aishah dan Datuk Seri Vida sudah pun berakhir, bagaimanapun timbul satu lagi isu baru apabila seorang lagi pemenang Gegar Vaganza iaitu penyanyi Indonesia, Firman Siagian pula meragui ketulenan berlian miliknya.

Bagaimanapun, Vida menafikan sekerasnya dakwaan tersebut serta menjelaskan bahawa subang berlian yang diberikan kepada pemenang tempat kelima Gegar Vaganza itu adalah tulen.

BACA: Firman Pula Dakwa DSV Hadiahkan Berlian Palsu

“Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata palsu dia pun ingat falsu juga. Ya Allah, subang berlian itu bukan palsu. Saya menafikan sekeras-kerasnya.

“Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan,” katanya kepada mStar Online.

Vida turut menjelaskan tidak semua barang kemas bertatahkan belian diberikan sijil tetapi boleh dibuat sekiranya diperlukan. Katanya lagi, sukar untuk jelaskan perkara itu kepada mereka yang tak pernah memakai barang kemas berlian.

“Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tidak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya.

“Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain palsu. Susah saya nak terangkan kepada mereka tidak biasa pakai barang kemas berlian ini,” katanya.