Khemah Roboh, DSV Rugi RM100,000
Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia mengalami musim hujan dan ribut kebelakangan ini. Turut menerima tempias Datuk Seri Vida yang mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila gudangnya roboh akibat ribut.
BACA: Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot Datuk Seri Vida
“Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan. Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang banyak tidak dapat diselamatkan”
“Walaupun kejadian itu berlaku pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya. Ujian tanda Allah sayang, tulisnya di Instagram mengenai kejadia ribut di kawasan gudangnya.
Menurut Vida, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang, apabila 10 pekerjanya sedang berada di khemah tersebut. Bagaimanapun kerana angin terlalu kuat, gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 itu roboh.
Selain daripada kerosakan barang jualan, beberapa cermin serta bumbung gudang berkenaan juga rosak teruk akibat terkena besi gudang yang roboh. Semoga Vida sabar dengan dugaan yang menimpa ini. (rtky/w)
Tipu aishah 80k..rugi 100k…Tuhan nak bg pengajaran ler tu. Lain kali janji harus ditepati..manusia berpegang pada janji bkn mcm lembu berpegang pada tali.well said.
Ape punya stesen TV masih mengamalkan diskriminasi public.
Patutlah org panggil TV3suku…tak pernah telus bekerja utk masyarakat..menbongak jer TV3suku tau puii….
Boleh percaya ke rm100,000??
Makcik scammer ni kan suka exergerate nilai sebenar.. . Bagi hadiah barang kemas plaza GM harga rm80… Dia kata rm80 ribu kat dalam TV.
Khemah je pun…. Sembang Scammer DSV.
Percaya jangan.
Entah-entah tak sampai RM 100,000.00. Makcik kan suka up-up harga. Tapi bila cek balik, takdelah sampai jumlah tu pon.