fbpx

“Bukan Niat Kami Untuk Sakiti Sesiapa”

Seperti sedia maklum lagu terbaru Drama Band telah menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan peminat. Dengan itu vokalis, Aepul tampil menjelaskan, video klip itu hanya berdasarkan penceritaan lagu berkenaan.

BACA: “Video Muzik Tak Kelakar, Aku Baru Nak Sembuh Depresi”

“Seperti yang kami lampirkan disclaimer di awal video, cerita ini hanya rekaan dan kalau ada yang terasa, bukanlah niat kami untuk menyakiti sesiapa. Mungkin hanya perasaan negatif dalam pandangan mereka yang buat mereka rasa begitu”

“Idea video klip itu berkisarkan kisah yang ingin disampaikan dalam lirik lagu itu. Berkenaan satu subjek yang merasa ditipu oleh subjek yang disukai, minati dan sayangi. Kami sampaikan rekaan cerita melalui mesej yang mudah difahami”

Biarpun beberapa rakan selebriti tampil menyelar karya lagu berkenaan yang didakwa mempersendakan, Aepul tidak berhasrat untuk menarik balik lagu Drama dan menerima segala baik buruk komen dari semua pihak

“Baik atau buruk komennya, kami terima. Video klip masih diteruskan. Bukan niat kami untuk viralkan, hanya berkongsi cerita melalui lagu. Mungkin mereka mencari peluang untuk menyakiti kami, kami terima,” jelasnya. (rtky/w)