fbpx

Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Kembar Lelaki & Perempuan

Umum mengetahui usahawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr. Halina yang bakal menimang cahaya mata ketiga mereka tidak lama lagi. Lebih manis pasangan itu bakal dapat anak kembar lagi

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Dr Sheikh berkongsikan momen menggembirakan apabila mereka bakal menimang kembar sepasang, bayi lelaki dan perempuan.

BACA: Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Kembar Lagi

Dalam entri tersebut, Dr Sheikh turut berkongsikan  gambar imbasan kandungan memaparkan jantina lelaki serta perempuan. Difahamkan, usia kandungan anak kembarnya itu sudah memasuki bulan keenam.

Dalam pada itu, Dr Sheikh turut memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan isterinya serta anak dalam kandungan dan dipermudahkan proses kehamilan.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan berita tersebut serta tumpang gembira. Malah, netizen juga mengatakan pasangan itu bakal mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan selepas ini.