fbpx

Isteri Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Dapat Kembar Lagi

Tahniah diucapkan kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr. Halina yang bakal menimang cahaya mata ketiga mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Sheikh di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Dr Muszaphar berkata beliau tergamam apabila mendapat tahu isterinya berbadan dua dan usia kandungan kini mencecah 13 minggu. Malah, lebih menggembirakan mereka bakal dapat anak kembar lagi.

BACA: Dr Sheikh Muszaphar Bimbang Kerajaan Gopoh Longgar PKP

Bagaimanapun, Dr Muszaphar memberitahu proses kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini lebih-lebih lagi isterinya sedang menjalankan tugas sebagai barisan hadapan merawat pesakit Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar turut memberikan ucapan romantis buat isterinya agar terus kuat dan bertahan sepanjang proses kehamilan kali ini dan beliau yang akan menguruskan anak-anak yang lain.

Diruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira serta mengucapkan syukur dan tahniah kepada pasangan itu di atas kurniaan cahaya mata kembar sekali lagi.

Dr Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.