Pasti ramai tahu semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor turut turun padang sebagai ‘frontliner’ menjadi penghantar makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail, Restoran Rebung.
Berkongsikan pengalamannya menjadi penghantar makanan, Dr. Muszaphar mengakui pekerjaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana perlu meredah hujan dan berpanas agar pelanggan dapat menjamah makanan.
BACA: Netizen Pertikai Dr Amalina, Dr Sheikh Muszaphar Tercalon Kategori ‘Influencer’ MeleTOP
https://www.instagram.com/p/B_eOoZhnSBt/?utm_source=ig_embed
Tambahnya lagi, beliau turut meluahkan rasa kesal melihat apabila ada segelintir pelanggan hanya mengambil sikap sambil lewa terhadap penghantar makanan.
Dalam pada itu, Dr Muszaphar berharap agar pelanggan dapat memberi layanan yang baik kepada penghantar makanan walaupun cukuplah sekadar memberikan senyuman dan ucapan terima kasih kepada mereka.
“Layanlah mereka dengan baik, berikan sedikit extra tip pun sudah kira bonus pada mereka. Malahan ukiran senyuman dan ucap terima kasih pun sudah cukup membantu,” tulisnya.
Walaupun bergelar angkasawan negara, kita sebagai rakyat Malaysia kagum dengan sikap rendah diri Dr. Sheikh Muzaphar yang tidak malu untuk bekerja dalam penghantaran makanan.