Dr Erin Kecewa Bekas Suami Tersenarai Antara Lelaki Curang
Sedang hangat diperkatakan mengenai kontroversi pelawak, Shuk Sahar, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr Erin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dijadikan bahan jenaka dengan isu tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menyifatkan individu yang menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki curang adalah tindakan tidak wajar.
BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran Selepas Diceraikan
Erin berkata tindakannya mempertahankan bekas suaminya bukan kerana masih cinta tetapi kerana situasi berbeza dimana Da’i Farhan tidak berlaku curang.
“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.
“Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.
“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung,” tulisnya.
Kata Erin lagi, bekas suaminya itu tidak pernah curang dengan isterinya serta menyifatkan Farhan seorang suami yang bertanggungjawab dan adil meskipun ketika bermadu.
“Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.
“Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.
Erin berkata lagi, meskipun video yang dibuat oleh netizen itu hanya gurauan namun ia boleh memberi kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya.
“Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu,” katanya.
Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi bualan ramai apabila berkahwin di Tanah Suci Makkah dengan Erin yang merupakan ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak, namun pasangan itu bercerai pada April tahun lalu.
Eh. X pernah curang?? Jom tanye first wife dia.
Yekeleh si doctor cap ayam ni…apekehal nak famous???
Tudung kena pakai tapi kat bawah free hair sentiasa terbuak untuk lebai lebai jadian yang nak “merasa”.
Oii doktor erin… Ko ni mana dapat gelaran doktor?? Jgn malukan kami yg belajar 7 – 9 tahun dlm bidang perubatan ya. Awak tu doktor cap ayam… Patut diambil tindakan atas penipuan awak ni. Muka xleh percaya langsung.
Ek elehh minah ni.da corai ..da la.diam yo la.ko tu pnca lki bni tu corai.bukan curang ko nama ehhh.
eleh si kabaah 19 ini tiba2 berbunyi fasal daii ke 3,4,5 nak balik dgn farhan ke.
balik saja tak ada berminat nak farhan.
atau bermadu lah dgn hana bini Pe Abu itu
Admin!!! Dia bukan dortor laaa.. berapa kali nak kena tegur ni? Jalankan tugas anda dgn betul.
Eh… dia kenapa timbul balik? Ingat hilang dah. By the way, apahal minah ni nak sibuk? Memang si farhan tu curang pergi kat kau. Lagi kau nak back up. Ada kau pikir anak bini dia masa kau menggatal dgn suami org? Huh!
OF COURSE
She is not a DOCTOR lah rotikaya. I know you know it. Have some class and ethics while blogging. Stop provoking people to comment on your blog regarding her DOCTOR status. I know you are doing write up for an entertainment blog, but theres nothing wrong to be sharp and precise with the facts. Kalau dah tau dia bukan doctor and cuma beautician, perlu ke dok ulang DR kt depan nama tu? Boleh je jadi blog hiburan yg sensational but at the same time tak payah macam buat buat tak tahu on facts yg semua dah tahu pun, that she is not a doctor.
Bach tertipu, cam tipah tertipu. Adakah doktor dalam roti kaya ni tipuan semata ? Hanya pada Amal Shahmina ku mengadu.