Belum reda lagi kontroversi perceraiannya dengan Da’i Farhan, bekas isteri pendakwah itu iaitu Dr Erin berkongsikan perkhabaran duka apabila kandungannya yang baru memasuki usia dua bulan keguguran.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsian di Instagram, Dr Erin berkata dia reda dengan ketentuan Allah dan berharap agar dapat ditemukan dengan zuriatnya itu di syurga kelak. Malah, Dr Erin turut menamakan anaknya Ahmad Fahrezzi Faisel.
BACA: Dr Erin Sekat Nombor Da’i Farhan, Tak Bagi Jumpa Anak Selepas Lahir
Dalam entrinya itu, Erin turut memuat naik ucapan yang disampaikan oleh penceramah terkenak, Ustaz Duzuki mengenai zuriat yang gugur dimana beri nama kepada anak itu walaupun usia kandungan baru seminggu kerana dia akan menunggu kita di syurga kelak.
April lalu, Erin berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil, bagaimanapun beberapa hari kemudian usahawan itu mengesahkan perkahwinannya dengan Da’i Farhan sudah pun berakhir.
Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi perhatian ramai apabila didakwa berkahwin dengan Dr Erin yang merupakan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.
Lebih panas, Farhan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.