fbpx

Dr Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz mengakui terkejut apabila menerima notis tuntutan Mutaah berjumlah RM1 juta daripada aktres itu selepas tiga tahun bercerai.

Memetik Oh Bulan, Dr Che Hafiz bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai tuntutan dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu serta meminta mendoakan yang baik-baik.

BACA: Julia Farhana, Dr Che Hafiz Dah Nikah 14 Disember Lalu

“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam mewakili Dr Che Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif (Lufya) berjumlah RM1 juta.

Menurutnya, Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai dan Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober tahun lalu.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Lufya yang hadir ditemani ibunya dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan Laana Haura kini berusia lima tahun.

Selepas tiga tahun menduda, Dr Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.