fbpx

Julia Farhana, Dr Che Hafiz Dah Nikah 14 Disember Lalu

Dalam diam, pelakon Julia Farhana mendedahkan dia sudah pun sah bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu.

Memetik mStar Online, berita gembira itu turut dimaklumkan oleh Julia menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menurut Julia majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak sahaja.

BACA: Julia Farhana, Dr Che Hafiz Didakwa Bersekedudukan Sebelum Bernikah?

“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Dr Che Hafiz.  Kami ingin memohon maaf kerana kerana lewat memberitahu perkara ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Julia dan suami turut memohon orang ramai mendoakan perjalanan mereka sebagai suami isteri serta mengucapkan terima kasih.

“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Terima kasih semua,” tulisnya.

Sebelum ini, Julia mendedahkan dia dan Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun tidak didedahkan tarikh hari bahagia mereka.

Terdahulu, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 namun bercerai pada Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura kini berusia lima tahun.